Wafiy's Development

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, September 21, 2009

Hari Raya menjelma...

Alhamdulillah Ramadhan yang berlalu aku dapat lalui sepenuh (walaupun mungkin penuh dengan segala kekurangan ibadahnya)..
Alhamdulillah isteriku mampu melaksana ibadah shaumnya dengan baik dan sepenuhnya..
Alhamdulillah syawal menjelang dengan penuh kesyukuran kerana dapat diraikan dengan keriangan yang bertambah  (bersama orang baru dalam hidupku..huhu)
Alhamdulillah raya kali ni dapat diraikan di kampungku, Bandaraya Shah Alam (kompromi yang baik dr isteriku sebab raya korban lepas dah lepak di Melaka)
Alhamdulillah perjalanan pulang ke kampung berlangsung dengan baik (tiada traffic jam dengan isteri nyenyak tidur di sebelah...hurmm..a good companion indeed!) walaupun isteriku telah sarat 39 minggu!
Alhamdulillah aku telah mula cuba menulis di blog (setelah di"omelin" isteriku..hehe)

Raya tahun ni, kami balik ke rumah keluargaku untuk beraya setelah naik turun, pergi tak pergi, jadi tak jadi untuk balik dek kerana khuatir isteriku yang nak beranak tak lama lagi...puas juga dipujuk tak perlu balik...tapi last2, kami putus utk pulang juga ke Shah Alam, sebagai timbal balik raya korban tak balik langsung ke sana sebab masih dlm mood minggu walimah kampung isteriku, Melaka...walaupun dup2 juga nak decide....maklumlah first timer, and cerita pulak macam-macam adaaa....



Tapi selepas consult Dr Hanisah, 3 hari sebelum raya...(ikut katanya, it is least possible yang isteriku akan deliver within this weekend Raya...so Selamat menyambut Hari Raya katanya)...kami tekad dan berserah pada Allah tiada yang pelik akan berlaku dlm musafir kami...Setelah meluangkan berbuka hari akhir Ramadhan di rumah neneknya dengan juadah yang sedap-sedap belaka....kami mula shoot to Shah Alam malam Raya tu...jalan selapang2nya utk kami malam tu...yahooo

Pagi raya tu...kami dapat pergi bersama-sama hampir kesemua ahli keluarga ke Masjid Negeri Shah Alam...rasa cam berzaman dah tak pergi ke sana...rindu dengan suasana masjid ni yang makin lama makin hebat peranannya sebagai masjid sebenar (dah ada bazaar jualan dlm bangunan masjid tu...wwooo...mmg jadi tmpt tumpuan betullah... as it shud be)...khutbah raya pun kira best jugak la...



Balik dari masjid, terus kami ambik group photo of the family...alhamdulillah so far masih tiada lagi yang tak mampu balik hari raya....raya akan datang wallahu'alam...ahli keluarga semua akan bekerjaya dan berkeluarga sendiri...After makan raya kat rumah, sebahagian dari kami then off pergi beraya ke rumah orang...time tu cuma ada menteri besar selangor jer kat Shah Alam...hahaha...so ke PAS (Plaza Alam Sentral :P) la kami untuk Open House MB baru kita (lain sikit suasana kali ni bila buat atas jalan raya tertutup dekat shopping mall besar di Shah Alam ni..luas sikit...terasa lapang...good3). Macam biasa le...sempat pow sikit sate n nasi beriani utk dibawa balik utk isteriku tersayang yang sarat tu dan family member yang tak pergi...



Kami beraya 2 hari full sebelum balik ke Melaka pada malam raya ke-3 sebab rasa cam tak boleh lama-lama, sebab dalam gamble2 tu risau jugak kalau beranak dalam musafir...susah jugak tu; selain daripada cuti isteriku yang sedikit (kasihan doktor2 ni, susah nak cuti lama-lama), nak jugak beraya dengan keluarga belah dia kan?

As usual, malam tu lebuhraya PLUS tu aku yang punya...zooommmm

Moga Aidilfitri kali ini antara yang bermakna dalam detik hidupku..terima kasih sayang kerana meluangkan masa dlm keadaan agak kritikal tu!!!

0 comments:

  © Blogger template 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com | Distributed by Deluxe Templates 2008

Back to TOP